Sunday, October 31, 2010

Buah Fikiran (A)


Pandangan Ulama Terhadap Seni Suara

a) Pandangan Imam al-Ghazali
- tidak terdapat keterangan yang jelas dari sunnah Rasulullah yang melarang penggunaan alat-alat muzik
- sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang
- seni muzik yang dilarang ialah seni muzik yang berada di dalam keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan pemabuk, perzinaan dan perbuatan dosa yang lain
- mendengar lagu itu ada 5 hukum iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan haram
- Imam al-Ghazali mengklasifikasikan lagu-lagu kepada 7 jenis iaitu :
• Lagu-lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat-tempat suci seperti Mekah  
   dan Madinah
• Lagu yang mengobarkan semangat untuk berjuang mempertahankan aqidah dan negara
• Lagu yang memperihalkan pertarungan dan sikap kelelakian yang pantang mengalah di saat-saat
   genting
• Lagu yang mengenang peristiwa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Mengingatkan
   diri terhadap hakikat hidup yang sebenar.
• Lagu yang menyifatkan keadaan ketika rela dan sukacita untuk menghargai suasana tersebut dan
   menikmati kenangannya selama yang mungkin
• Lagu bercorak ghazal yang sopan : memperihalkan kisah cinta dan membayangkan harapan untuk
   bertemu dan pertautan yang lebih erat di masa yang akan dating
• Lagu yang memperihalkan keagungan sifat-sifat tuhan, memuji serta mentahmidkan kebesarannya


b) Pandangan Imam Shafi’i
- Menyatakan bahawa nyanyian itu adalah makruh dan melalaikan di dalam kitabnya, Adab al-Qada’
- Ia menyamai kebatilan dan sesiapa yang mendengarnya maka dia adalah seorang safih dan penyaksiannya ditolak
- Mendengar nyanyian dari wanita yang bukan mahram tidaklah harus dalam apa jua keadaan samada di tempat terdedah atau di tempat tertutup, samada wanita yang merdeka atau hamba
- Jika tuan kepada hamba abdi wanita mengumpulkan orang ramai agar mendengar nyanyian abdinya itu, maka dia juga seorang safih dan penyaksiannya ditolak
- Memakruhkan penggunaan seruling kerana menurutnya itu adalah perbuatan kaum Zindik untuk memesongkan orang dari mendengar al-Quran

c) Pandangan Imam Malik
- Melarang mendengar nyanyian
- Menyatakan bahawa barangsiapa ingin membeli seorang abdi wanita dan diketahuinya wanita tersebut seorang penyanyi, maka janganlah dibeli wanita tersebut

d) Pandangan Ibn Taimiyyah
- Membezakan antara mendengar nyanyian dan muzik yang bermanfaat pada agama dan antara apa yang diberi pengecualian untuk mengelakkan dosa, dan antara pendengaran muqarrabin dan pendengaran orang-orang biasa
- Diharuskan mereka mendengar apa yang disyariatkan kepada para hamba Allah iaitu mendengar ayat-ayat Allah : dapat membaiki hati dan menyucikan jiwa

No comments:

Post a Comment