Tuesday, August 17, 2010

Anyaman ketupat

Ketupat memang tak dapat dipisahkan dengan raya,
Namun bila raya, ayah aku je yang dapat anyam ketupat,
Aku dah bertahun-tahun berguru dengan ayah aku,
Namun aku tak pernah berjaya menghasilkan anyaman ketupat.
Harap-harap visual ini dapat membantu aku dan sesiapa yang belum pandai anyam ketupat
Selamat mencuba..
Rendangnya jangan lupa tau...

Thursday, August 12, 2010

seni bagiku...

Bagiku, seni itu indah.
Seni ialah hasil karya yang indah dan kreatif dan boleh dilihat dalam pelbagai bentuk.
Luahan kreativiti manusia juga merupakan satu seni.
Bahkan perniagaan juga merupakan seni, iaitu seni perdagangan.
Tapi bagiku, seni memasak lagi mudah untuk meluahkan kreativiti.
Tak kisah la apa yang dimasak, janji kita puas hati dengan apa yang kita masak.
Tak kisah orang nak kata apa tentang masakan kita,
Janji perut kita kenyang dan tak berkeroncong
Kedatangan Ramadhan kali ini sekali lagi
Telah membuat aku kembali meluahkan kreativiti dalam masakanu
Jadi, pastinya akan ada pelbagai menu yang terhasil walaupun nampak pelik
Sememangnya seni itu begitu indah dan kadangkala membuat kita tak mampu berkata-kata..

Tuesday, August 10, 2010

Satu Permulaan

Bermulanya kisah aku dgn blogspot pada mlm ini...
Dah lama ingin ku buat, akhirnya mlm ini hajat ku tercapai..
Tempat utk pelbagai cetusan idea dan agenda akan keluar masuk..
InsyaAllah........