Tuesday, December 17, 2013

Kosong dan Sempit

Kosong, kosong, kosong..
Bukan lirik lagu c Najwa,
Tapi luahan rasa dari hati yg bingung.
Kenapa perlu ada rasa itu,
Hadir tanpa dipinta,
Seperti ada sesuatu yang menghalang,
Seakan ingin hati itu berbicara,
Pastikan apa mahumu,
Jangan ikutkan apa yang bukan kau mahu,
Kita manusia sentiasa lalai dan leka,
Alpa dan terlupa,
Bahawa hati perlu sentiasa dibaja,
Bagi menimbulkan rasa yang bahagia,
Namun hati ini masih terasa kosong,
Seperti kapal tanpa nakhoda,
Kereta tanpa brek,
Asyik terhalang oleh,
Kosong, Kosong, Kosong

Monday, October 7, 2013

Setelah lama menyepi, hati terdetik kembali untuk melewati papan coretan ini,
Merenung jauh ke lautan hidup ini,
Nyata kini aku harus berpijak di bumi nyata,
Aku bukan bermimpi lagi, 
Aku berdiri dalam kalangan mereka 
Untuk memberikan bakti, 
Mengukuhkan bangunan insan yang semakin goyah dalam tipu daya,
Menyuburkan tanah akhlak dalam diri mereka,
Membaja sejuta kasih sayang dengan menggunakan jentera cacian, rotan dan sindirin,
Mereka akan terpalit dengan rasa sinis,
Memberikan sedikit demi sedikit ruang kesedaran,
Untuk mereka menjadi bangunan insan yang semakin teguh,
Jentikan yang pernah ku alami ku pulangkan kepada bangunan insan ini,
Akhirnya, ku sedari bahawa,
Aku bukan sekadar mengukuhkan bangunan insan ini dengan ilmu duniawi,
Bahkan ukhrawi....
Akan ku tempuh ranjau ini seteguh yang mampu
Agar tidak mudah digoncang dengan tamparan cabaran,
Kerana kini aku berdiri sebagai seorang insan kerdil yang bergelar GURU...