Wednesday, November 17, 2021

PEMIMPIN

 PEMIMPIN

Pemimpin memimpin,

Bukan bijak memijak tapi bijak berpijak,

Kau berkuasa bukan untuk menguasa,

Kau berpangkat bukan untuk diangkat,

Bertimbang rasa pada yang tak berdarjat,

Biar dihormat dengan sama taraf,

Hujung pangkal kuasa,pangkat, darjat bukanlah amjad…

Saturday, October 12, 2019

Kehidupan

Kita merasakan kita baik,
Tapi sebenarnya kita bukannya baik
Kita merasa kita penat
Tapi ada lagi yg lebih penat 
Zahirnya lelaki dan perempuan itu berbeza
Biasanya sering diutarakan tentang penat perempuan
Penat jadi isteri, ibu dan suri rumah
Tapi jangan dilupa, 
Laki laki juga penat
Setiap laki laki dan perempuan yang berpasangan pasti akan merasa semuanya
Jadi bagi laki laki dan perempuan yang berpasangan itu, hargailah pasangan anda..
Cermin semula perjalanan hidup anda, pasti ada pahit manis suka duka
Tapi itulah hakikat bagi setiap manusia
Maka, sabar dan lalui hidup anda dengan sebaiknya
Sungguh manis kehidupan pasti akan dirasa

Thursday, September 26, 2019

Lama

Lama...
Memang sgt lama..
Sesungguhnya teramat lama...
Papan ini tidak ku jejaki

Sejak sebelum ku genggam segulung ijazah
Hingga akhirnya ku genggam ijazah itu
Sejak aku mengenali kekasih hati ku
Hingga kini dia menjadi isteriku yang cantik
Sejak ahli keluarga ku lengkap
Hingga arwah ayah pergi menghadap Ilahi

Memang sungguh lama papan ini tidak dinoda
Dengan kata dan coretan rasa
Tapi kini, aku kembali untuk merungkai
Sesuatu yang sudah lama aku pendamkan







Monday, January 27, 2014

Rasa itu kembali

Seakan ku tak percaya,
Tapi itulah hakikatnya,
Rasa itu datang kembali,
Menyulami kepingan hati,
Seakan aku tersentak, 
Bagaikan terbangun dan tersedar,
Dari buaian mimpi indah.

Bingkisan terima kasih,
Ku titipkan atas segala kenangan,
Takkan dilupa, takkan dibuang,
Sentiasa terpahat segala amukan gelora gembira,
Tersenyum, menangis, bersama-sama,

Ingat, jangan pernah sisakan segalanya,
Biar ia menjadi bait-bait memori,
Merungkai rasa hati bersama,

Kamsahamnida buatmu,
Membenarkan talian hayatku,
Singgah dalam setiap deringan,
Memecah keheningan malam,
Dengan segala jalan cerita, 
Yang kita tulis bersama.

Kini, rasa itu kembali semula..

Tuesday, December 17, 2013

Kosong dan Sempit

Kosong, kosong, kosong..
Bukan lirik lagu c Najwa,
Tapi luahan rasa dari hati yg bingung.
Kenapa perlu ada rasa itu,
Hadir tanpa dipinta,
Seperti ada sesuatu yang menghalang,
Seakan ingin hati itu berbicara,
Pastikan apa mahumu,
Jangan ikutkan apa yang bukan kau mahu,
Kita manusia sentiasa lalai dan leka,
Alpa dan terlupa,
Bahawa hati perlu sentiasa dibaja,
Bagi menimbulkan rasa yang bahagia,
Namun hati ini masih terasa kosong,
Seperti kapal tanpa nakhoda,
Kereta tanpa brek,
Asyik terhalang oleh,
Kosong, Kosong, Kosong

Monday, October 7, 2013

Setelah lama menyepi, hati terdetik kembali untuk melewati papan coretan ini,
Merenung jauh ke lautan hidup ini,
Nyata kini aku harus berpijak di bumi nyata,
Aku bukan bermimpi lagi, 
Aku berdiri dalam kalangan mereka 
Untuk memberikan bakti, 
Mengukuhkan bangunan insan yang semakin goyah dalam tipu daya,
Menyuburkan tanah akhlak dalam diri mereka,
Membaja sejuta kasih sayang dengan menggunakan jentera cacian, rotan dan sindirin,
Mereka akan terpalit dengan rasa sinis,
Memberikan sedikit demi sedikit ruang kesedaran,
Untuk mereka menjadi bangunan insan yang semakin teguh,
Jentikan yang pernah ku alami ku pulangkan kepada bangunan insan ini,
Akhirnya, ku sedari bahawa,
Aku bukan sekadar mengukuhkan bangunan insan ini dengan ilmu duniawi,
Bahkan ukhrawi....
Akan ku tempuh ranjau ini seteguh yang mampu
Agar tidak mudah digoncang dengan tamparan cabaran,
Kerana kini aku berdiri sebagai seorang insan kerdil yang bergelar GURU...

Thursday, January 13, 2011



KUSUT
Kusut, bagi aku sesuatu yang tidak teratur
Kusut menunjukkan sesuatu tidak kena
Kusut juga akan menampakkan masalah
Kusut juga buat semuanya serabut
Kusut buatkan hati tidak tenteram
Kusut jadikan emosi tidak stabil
Kusut buat jiwa macam wayar yang nak putus
Kusut serabut, kucar kacir, huru-hara, tak tenteram, kacau-bilau, berkecamuk
ARGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Apapun kembali kepada fitrah-Nya