Thursday, November 25, 2010

WAHAI HATI


Wahai hati,
Kenapa kau resah, gelisah, tak keruan
Apakah yang tidak kena,
Adakah sebarang perkhabaran atau perlakuan,
Yang kurang menyenangkan,
Katakan padaku wahai hati,
Janganlah dikau berdiam membeku,
Tak ingin ku lihat kau terguris derita,
Bebaskanlah dirimu dari rantaian,
Yang membuat kau bersedih wahai hati…
Muntahkan segala kecamuk di jiwa,
Biar ku dengar agar dapat ku sampaikan pada mereka,
Seandainya kau terus membisu,
Maka akan mati mata hati yang rasional,
Akan jadi histeria dirimu wahai hati,
Sehinggakan kau memuntahkan api kemarahan,
Yang mungkin menjadikan keadaan kembali pulih
Atau menjadi semakin parah,
Katakanlah wahai hati…..

Saturday, November 13, 2010

SUBHANALLAH


Ku singkap tirai mimpi,
Ku sedarkan akal sihatku dari fantasi,
Ku lihat sekeliling, begitu sunyi dan sepi,
Namun semua itu ku rasakan indah,
Hati ku rasa tersentuh…
Ya Allah, Maha Agung zat-Mu,
Yang menciptakan sekalian alam,
Yang menjadikan siang dan malam
Agar dapat ku merasa realiti dan fantasi duniawi…
Ku bersujud menghadap-Mu,
Mensyukuri nikmat yang Kau berikan,
Ku ingin menjadi hamba-Mu yang bersyukur,
Agar aku tidak menjadi yang kufur….
Berikanlah keredhaan kepada ku,
Agar dapat ku hidup di bawah payung rahmat-Mu,
Ku akhiri malam ku dengan titisan mutiara,
Yang ikhlas dari kolam mataku atas segalanya.
SUBHANALLAH…


Tuesday, November 2, 2010

Hahaha

Hidup ini memang indah..
Manusia pasti ada yang berada di atas dan ada pula yang di bawah.
Namun harus diingat bahawa yang di atas tidak  akan selamanya di atas
Manakala yang di bawah tidak akan selamanya di bawah.
Melainkan kalau yang di atas tersilap langkah maka dia akan jatuh menyembah bumi
dan yang di bawah pula kalo tidak mahu berubah dan berusaha maka akan selamanya di bawah
Tapi wahai manusia yang berada di atas, jangan sesekali engkau,
Suka memandang rendah kepada yang di bawah kerana kelak pasti akan menyesal
Jika kau pernah mendongak ke langit, kau pasti akan tunduk ke bumi bila tiba masanya.
Kepada sesiapapun sama ada yang berada di atas atau yang berada di bawah,
Untuk menjadi lebih mengerti, maka letakkanlah dirimu di setiap situasi orang di sekeliling mu
yang sering korang perlekehkan.
Ingat juga, jika seseorang tidak pernah mengganggu engkau, maka janganlah engkau cuba mengganggu dia
Jika tidak padah jawapannya.
Ingatlah wahai manusia yang bernama sahabat, janganlah enagkau membuatkan aku menjadi tawar hati untuk mendekatimu sebagai sahabat
dan jangan jadikan aku gembira mendekatimu sebagai musuh.....
Beringatlah