Tuesday, December 17, 2013

Kosong dan Sempit

Kosong, kosong, kosong..
Bukan lirik lagu c Najwa,
Tapi luahan rasa dari hati yg bingung.
Kenapa perlu ada rasa itu,
Hadir tanpa dipinta,
Seperti ada sesuatu yang menghalang,
Seakan ingin hati itu berbicara,
Pastikan apa mahumu,
Jangan ikutkan apa yang bukan kau mahu,
Kita manusia sentiasa lalai dan leka,
Alpa dan terlupa,
Bahawa hati perlu sentiasa dibaja,
Bagi menimbulkan rasa yang bahagia,
Namun hati ini masih terasa kosong,
Seperti kapal tanpa nakhoda,
Kereta tanpa brek,
Asyik terhalang oleh,
Kosong, Kosong, Kosong

Monday, October 7, 2013

Setelah lama menyepi, hati terdetik kembali untuk melewati papan coretan ini,
Merenung jauh ke lautan hidup ini,
Nyata kini aku harus berpijak di bumi nyata,
Aku bukan bermimpi lagi, 
Aku berdiri dalam kalangan mereka 
Untuk memberikan bakti, 
Mengukuhkan bangunan insan yang semakin goyah dalam tipu daya,
Menyuburkan tanah akhlak dalam diri mereka,
Membaja sejuta kasih sayang dengan menggunakan jentera cacian, rotan dan sindirin,
Mereka akan terpalit dengan rasa sinis,
Memberikan sedikit demi sedikit ruang kesedaran,
Untuk mereka menjadi bangunan insan yang semakin teguh,
Jentikan yang pernah ku alami ku pulangkan kepada bangunan insan ini,
Akhirnya, ku sedari bahawa,
Aku bukan sekadar mengukuhkan bangunan insan ini dengan ilmu duniawi,
Bahkan ukhrawi....
Akan ku tempuh ranjau ini seteguh yang mampu
Agar tidak mudah digoncang dengan tamparan cabaran,
Kerana kini aku berdiri sebagai seorang insan kerdil yang bergelar GURU...

Thursday, January 13, 2011



KUSUT
Kusut, bagi aku sesuatu yang tidak teratur
Kusut menunjukkan sesuatu tidak kena
Kusut juga akan menampakkan masalah
Kusut juga buat semuanya serabut
Kusut buatkan hati tidak tenteram
Kusut jadikan emosi tidak stabil
Kusut buat jiwa macam wayar yang nak putus
Kusut serabut, kucar kacir, huru-hara, tak tenteram, kacau-bilau, berkecamuk
ARGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Apapun kembali kepada fitrah-Nya


Friday, December 31, 2010

Amin.. Ya Rabb

Tahun baru dah bermula
Semester baru akan bermula,
Namun bersediakah aku untuk menempuhinya,
Ya Allah, kuatkan dan tabahkanlah hati hamba-MU ini
Untuk melalui hari-hari yang mendatang
Yang penuh dengan cubaan dan dugaan
Permudahkanlah segala urusanku dunia dan akhirat
Agar dapatku berdamping
Dengan golongan insan beriman dan soleh,
Terima kasih atas rahmat umur yang Engkau berikan ini,
Semakin hari semakin meniti usia,
Menuntut aku menjadi lebih matang dan dewasa…. 

Thursday, December 9, 2010

Pergerakan Kreatif Teater




'Duka Purnama' merupakan teater pertama yang pernah aku tonton. Aku berpeluang menonton teater ini kerana memenuhi kelas Pergerakan Kreatif Teater yang dibimbing oleh En Nor Shuradi bin Hj. Nor Hashim... Tidak pernah aku menyangka bahawa teater itu best kerana selama ini bagiku teater hanya persembahan biasa. Namun setelah melihat pementasan teater 'Duka Purnama', hatiku mula tertarik... Di dalam kelas Pergerakan Kreatif Teater inilah aku mengenali Teori Laban yang mempunyai pelbagai variasi. Sepanjang mengikuti kursus ini, pelbagai jenis ilmu mengenai bidang seni teater kreatif aku perolehi. Jika nak diulas, terlalu panjang, tapi untuk yang ingin mengetahuinya, maka ikutilah kursus Pergerakan Kreatif Teater...Terima kasih En. Edy......


Thursday, November 25, 2010

WAHAI HATI


Wahai hati,
Kenapa kau resah, gelisah, tak keruan
Apakah yang tidak kena,
Adakah sebarang perkhabaran atau perlakuan,
Yang kurang menyenangkan,
Katakan padaku wahai hati,
Janganlah dikau berdiam membeku,
Tak ingin ku lihat kau terguris derita,
Bebaskanlah dirimu dari rantaian,
Yang membuat kau bersedih wahai hati…
Muntahkan segala kecamuk di jiwa,
Biar ku dengar agar dapat ku sampaikan pada mereka,
Seandainya kau terus membisu,
Maka akan mati mata hati yang rasional,
Akan jadi histeria dirimu wahai hati,
Sehinggakan kau memuntahkan api kemarahan,
Yang mungkin menjadikan keadaan kembali pulih
Atau menjadi semakin parah,
Katakanlah wahai hati…..

Saturday, November 13, 2010

SUBHANALLAH


Ku singkap tirai mimpi,
Ku sedarkan akal sihatku dari fantasi,
Ku lihat sekeliling, begitu sunyi dan sepi,
Namun semua itu ku rasakan indah,
Hati ku rasa tersentuh…
Ya Allah, Maha Agung zat-Mu,
Yang menciptakan sekalian alam,
Yang menjadikan siang dan malam
Agar dapat ku merasa realiti dan fantasi duniawi…
Ku bersujud menghadap-Mu,
Mensyukuri nikmat yang Kau berikan,
Ku ingin menjadi hamba-Mu yang bersyukur,
Agar aku tidak menjadi yang kufur….
Berikanlah keredhaan kepada ku,
Agar dapat ku hidup di bawah payung rahmat-Mu,
Ku akhiri malam ku dengan titisan mutiara,
Yang ikhlas dari kolam mataku atas segalanya.
SUBHANALLAH…