Monday, October 7, 2013

Setelah lama menyepi, hati terdetik kembali untuk melewati papan coretan ini,
Merenung jauh ke lautan hidup ini,
Nyata kini aku harus berpijak di bumi nyata,
Aku bukan bermimpi lagi, 
Aku berdiri dalam kalangan mereka 
Untuk memberikan bakti, 
Mengukuhkan bangunan insan yang semakin goyah dalam tipu daya,
Menyuburkan tanah akhlak dalam diri mereka,
Membaja sejuta kasih sayang dengan menggunakan jentera cacian, rotan dan sindirin,
Mereka akan terpalit dengan rasa sinis,
Memberikan sedikit demi sedikit ruang kesedaran,
Untuk mereka menjadi bangunan insan yang semakin teguh,
Jentikan yang pernah ku alami ku pulangkan kepada bangunan insan ini,
Akhirnya, ku sedari bahawa,
Aku bukan sekadar mengukuhkan bangunan insan ini dengan ilmu duniawi,
Bahkan ukhrawi....
Akan ku tempuh ranjau ini seteguh yang mampu
Agar tidak mudah digoncang dengan tamparan cabaran,
Kerana kini aku berdiri sebagai seorang insan kerdil yang bergelar GURU...

No comments:

Post a Comment